Pengharaman lagu Zizan & Kaka
Berikutan penyiaran lagu ‘Bawaku Pergi’ dendangan
Zizan & Kaka diberhentikan apabila ada pihak tertentu menyatakan bahawa
lagu tersebut mempunyai unsur-unsur negatif. Unsure negatif yang dimaksudkan
adalah lagu ini menggalakkan remaja untuk lari dari rumah. Pengharaman lagu ini
mengejutkan ramai peminat termasuk penulis lirik lagu tersebut, Malique.
Malique pernah mencipta sebuah lagu bertajuk ‘Pergi
Jauh’ untuk isterinya yang berkisarkan mereka yang berangan-angan untuk pergi
bercutidi Bali. Lagu Bawaku Pergi ini pula adalah sambungan lagu tersebut. Lagu
ini sama sekali tidak bermaksud untuk menggalakkan remaja untuk lari dari
rumah. Ini hanyalah luahan hati seorang isteri kepada suami. Lagu ini dicipta
dari sudut seorang isteri.
Saya berpendapat bahawa lirik lagu ini tidak
sepatutnya disalahtafsikan kerana lagu ini dicipta oleh composer yang
berpengalam dan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatukan
reputasinya sebagai seorang komposer. Masyarakat perlulah memandang sesuatu
perkara dengan terbuka. Jangan cepat membuat spekulasi tentang sesuatu perkara
tanpa selidik.
Mereka yang menganggap lagu ini membawa kesan negatif
kepada remaja mungkin tidak memandang isu ini dari sudut yang tepat. Mereka
hanya mendengar tentang permasalahan ini lalu bersetuju dengan perkara tersebut
tanpa unsur periksa. Di sini saya
sertakan statistik polis yang mendedahkan punca remaja melarikan diri dari
rumah adalah lari mengikut teman lelaki, lari disebabkan masalah keluarga serta
lari kerana mahukan kebebasan. Bagi remaja Melayu, factor utama yang
menyebabkan mereka lari dari rumah disebabkan oleh rakan sebaya manakala remaja
Cina berpunca dari masalah keluarga.
Jadi di sini saya tegaskan bahawa lagu ‘Bawaku Pergi’
tidak membawa kesan negatif kepada mana-mana pihak. Ini kerana masalah remaja
lari dari rumah berpunca dari diri masing-masing serta keluarga yang
bermasalah. Bertindak menyalahkan sebuat lagu untuk menutup kesilapan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak bukan perkara yang betul. Ibu bapa perlulah membimbing
anak-anak mereka dengan cara yang betul.
No comments:
Post a Comment