Monday 9 July 2012

Membantu dengan cara yang betul

Saya merujuk kepada artikel di Utusan Online yang bertajuk ‘Gelandangan dapat kerja melalui program ‘Food For Life’ SHEB, 26 Jun 2012.

Saya sangat bersetuju dengan artikel tersebut kerana perkara ini memberi peluang kepada golongan gelandangan untuk mengubah haluan masa depan mereka. Ini merupakan satu cara yang bagus dan untuk kerajaan membantu golongan ini.

Saya berpendapat dengan  program ini juga boleh mengurangkan golongan gelandangan dimana mereka memberi tanggapan negatif terhadap negara kita. Hal ini juga megurangkan bilangan gelandangan di jalanan. Tambahan pula, ini merupakan satu cara yang sangat memberansangkan selain daripada hanya memberi mereka makanan dan minuman. Secara tidak langsung, mereka boleh mula berdikari melalui program ini.

Selain daripada program ini, saya berpendapat kerajaan juga patut menyedia kan tempat tinggal kepada golongan ini sebagai permulaan kepada mereka untuk memulaka hidup yang baru. Setelah tinggal di tempat yang disediakan, mereka juga boleh berkhidmat untuk kerajaan seperti melakukan kerja-kerja sampingan

No comments:

Post a Comment