Thursday 24 May 2012


Pengharaman lagu Zizan & Kaka
Berikutan penyiaran lagu ‘Bawaku Pergi’ dendangan Zizan & Kaka diberhentikan apabila ada pihak tertentu menyatakan bahawa lagu tersebut mempunyai unsur-unsur negatif. Unsure negatif yang dimaksudkan adalah lagu ini menggalakkan remaja untuk lari dari rumah. Pengharaman lagu ini mengejutkan ramai peminat termasuk penulis lirik lagu tersebut, Malique.
Malique pernah mencipta sebuah lagu bertajuk ‘Pergi Jauh’ untuk isterinya yang berkisarkan mereka yang berangan-angan untuk pergi bercutidi Bali. Lagu Bawaku Pergi ini pula adalah sambungan lagu tersebut. Lagu ini sama sekali tidak bermaksud untuk menggalakkan remaja untuk lari dari rumah. Ini hanyalah luahan hati seorang isteri kepada suami. Lagu ini dicipta dari sudut seorang isteri.
Saya berpendapat bahawa lirik lagu ini tidak sepatutnya disalahtafsikan kerana lagu ini dicipta oleh composer yang berpengalam dan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatukan reputasinya sebagai seorang komposer. Masyarakat perlulah memandang sesuatu perkara dengan terbuka. Jangan cepat membuat spekulasi tentang sesuatu perkara tanpa selidik.

Mereka yang menganggap lagu ini membawa kesan negatif kepada remaja mungkin tidak memandang isu ini dari sudut yang tepat. Mereka hanya mendengar tentang permasalahan ini lalu bersetuju dengan perkara tersebut tanpa unsur periksa.  Di sini saya sertakan statistik polis yang mendedahkan punca remaja melarikan diri dari rumah adalah lari mengikut teman lelaki, lari disebabkan masalah keluarga serta lari kerana mahukan kebebasan. Bagi remaja Melayu, factor utama yang menyebabkan mereka lari dari rumah disebabkan oleh rakan sebaya manakala remaja Cina berpunca dari masalah keluarga.

Jadi di sini saya tegaskan bahawa lagu ‘Bawaku Pergi’ tidak membawa kesan negatif kepada mana-mana pihak. Ini kerana masalah remaja lari dari rumah berpunca dari diri masing-masing serta keluarga yang bermasalah. Bertindak menyalahkan sebuat lagu untuk menutup kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak bukan perkara yang betul. Ibu bapa perlulah membimbing anak-anak mereka dengan cara yang betul.

Saya juga cadangkan supaya ditarik balik pengharaman lagu ‘Bawaku Pergi’ disamping memberikan hak seorng manusia yang ingin berkarya dan berkongsi perasaan melalui lagu ciptaannya.  



No comments:

Post a Comment