Monday 28 May 2012


Saya sokong. Anda?

Setelah debat PTPTN diadakan, ramai yang member pandangan masing-masing. Ada juga yang berpendapat bahawa debat seperti ini tidak perlu diadakan. Jadi, wajarkah debat seperti ini dilakukan selepas ini. Perlukan isu-isu yang akan timbul perlu diketengahkan dengan cara berdebat kepada orang ramai.

Tambahan pula, perdebatan antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli menyebabkan Astro dan Rafizi sendiri berdepan dengan saman. Hal ini kerana, Rafizi dikatakan datang untuk berceramah politik dan mengambil kesempatan diatas siaran langsung tersebut.

Saya berpendapat bahawa debat seperti ini harus diteruskan. Ini kerana, debat seperti boleh boleh memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu isu. Selain itu, debat boleh membantu rakyat untuk mendapatkan informasi yang betul melalui saluran yang betul.

Pendebat juga boleh berinteraksi secara langsung dengan orang awam. Jadi, interaksi secara bersemuka akan lebih meyakinkan orang ramai tentang sesuatu perkara. Di samping itu, orang ramai juga boleh menilai kejujuran pendebat semasa berdebat. Daripada reaksi wajah mereka, kita boleh menilai kebenaran tentang apa yang disampaikan pendebat.

Walau bagaimanapun, orang ramai juga harus berfikiran terbuka semasa perdebatan diadakan. Seperti semasa debat PTPTN, orang ramai yang datang tidak berfikiran terbuka. Mereka datang dengan niat menyokong parti masing-masing. Ini boleh menyebabkan percanggahan pendapat lantas mengendahkan pendapat orang lain.

Jadi, saya sangat menyokong debat seperti ini tetapi orang ramai perlu berfikiran lebih terbuka dan sedia menerima pendapat orang lain. Anda bagaimana?



No comments:

Post a Comment